|
Perlakuan(luaran) baik atau buruk seseorang yang dizahirkan dan ditonjolkan adalah hasil daripada baik atau buruk dalamannya. Sekiranya baik dalaman seseorang itu mengawal keburukan, maka luaran akan baik. Dan sekiranya buruk dalaman seseorang itu menguasai kebaikan, maka luaran akan menjadi buruk. Kekuatan Dalaman yang baik atau buruk itu yang menentukan bentuk luaran yang dipersembahkan oleh seseorang |
. |
| |
|
|
|
Innerself Management |
| Pendahuluan |
Kursus IMAN disusun bersumberkan agama dan akal yang dikombinasikan dalam bentuk sistem dan modul latihan untuk KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, MASYARAKAT, ORGANISASI & NEGARA.Program ini menggabungkan pengajaran di dalam kelas dan di luar kelas (outdoor activities). |
| |
| Objektif |
INSAN RABBANI ialah insan yang terdidik dengan DIDIKAN TUHAN, mencapai peringkat Ihsan(terbaik) dalam kehidupannya di dunia dengan Muraqabah (pemerhatian) Allah Ta’ala terhadap setiap Amalannya. Amalan yang menghadirkan muraqabah Allah adalah bermula dari Niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas lahir dari hati yang suci bersih(FITRAH). Pembinaan INSAN RABBANI adalah bermula dengan pengisian hati dengan Nur Ilahi(IMAN & TAQWA) dan melenyapkan noktah-noktah hitam dan kegelapan yang meliputi HATI. Kekuatan dalaman yang dibina akan terpancar keluar dan dizahirkan dalam bentuk amalan yang mencapai peringkat Ihsan, insyaallah. Cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat |
| |
| Metodologi |
Dalam usaha melahirkan "INSAN RABBANI", pMac menghasilkan satu sistem khusus dalam penyampaian modul-modul kepada peserta dengan METODOLOGI (MOMENTUM) berteraskan F.I.T.R.A.H: |
| Fi’il (Perbuatan / Perlakuan / Aktiviti latihan) |
| I'tibar ( Pengajaran / Keutamaan ) |
| Tafakkur ( Audit Diri) |
| Rabbaniyy (Didikan Rabbani) |
| Azhar ( Pelan Tindakan ) |
| Huda ( Pimpinan Rabbani ) |
| |
| Jangkamasa |
| 3 hari 2 malam |
|
|
|
Mastering The arts of Innerself |
| Pendahuluan |
KURSUS ini adalah kesinambungan dari KURSUS INNERSELF MANAGEMENT ( I.MAN ). Pada TAHAP 1 iaitu KURSUS I.MAN, SAHABAT-SAHABAT telah didedahkan dengan bagaimana cara PENGURUSAN DALAMAN DIRI untuk mengembalikan FITRAH kejadian kita. Dan KURSUS MATIN ini pula,TAHAP KEDUA, memberi fokus kepada bagaimana MENGUASAI SENI PENGURUSAN DALAMAN DIRI untuk memelihara, menerus dan memantapkan FITRAH kejadian kita dalam usaha menjadi insan yang sentiasa cemerlang dan produktif untuk diri, keluarga, masyarakat, organisasi dan Negara; cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat. |
| |
| Objektif |
PEMELIHARAAN,PENERUSAN dan PEMANTAPAN FITRAH INSAN RABBANI melalui PENGUASAAN SENI PENGURUSAN KEKUATAN DALAMAN DIRI |
| |
| Metodologi |
Pendekatan kursus ini berteraskan TAQWA . Secara ringkasnya, signifikan istilah TAQWA merujuk kepada tahap tertinggi anugerah Allah ke atas individu yang beriman. Secara akronimnya pula TAQWA merujuk kepada momentum modul MATIN ; |
| Tadrib (Aktiviti latihan) - Training |
| Aulawiyat ( Keutamaan Noktah) - Points To Ponder |
| Qiyadah ( Pimpinan Rabbani) - Celestial Guidance |
| Wasiyyah ( Pesanan) - Legacy |
| Amali (Praktik) - Action ... |
| |
| Jangkamasa |
| 3 hari 2 malam |
|
|
|
|